Wednesday, July 15, 2009

Kenali Wawa

Sepanjang mengandungkan Wawa, aku rasa aku sihat. Loya,muntah semua tu sekejap2 jer. Selera makan macam biasa. Cuma pada awal kehamilan aku suka sangat makan pisang emas. Almaklumlah, bunting pelamin. Baru masuk 3 bulan, aku kena suruh buat scanning sebab baby terlalu besar..sebesar baby 4 bulan lebih, jururawat desa tu khuatir kalau2 dapat kembar. Bila scan memang baby tu satu jer, cuma saiz dia besar. Dah masuk 5 bulan, doktor advice to stop makan pisang sebab takut nanti baby terlalu besar. Ye lah, waktu 2-3 bulan tak dapat la suruh stop makan, dah yang tu jer nak makan. Kalau tak makan pisang, nasi pun tak nak jamah. Lepas makan pisang, selera tu baik jer. Lepas tu baru kontrol makan. Nasib baik berat lahir cuma 3.32kg.
Bila dah lahir, aku seperti ibu2 yang lain. Bagi breastfeed. Masa dalam pantang, Wawa sangat kuat nangis. Dia cuma nak mama dia ni kat sebelah, asyik nak menetek jer. Almaklumlah, anak pertama. Banyak benda yang tak tau. Ada satu hari tu, aku demam secara mengejut. Tak tau la orang semenanjung cakap apa, orang Brunei Papar cakap "Bigat". Rupa-rupanya sebab tetek terlalu penuh, Wawa plak dah tidur sebab dah kenyang sangat. Wawa tak pernah minum susu formula semasa aku dalam pantang. Lupa lak nak bagitau, Wawa dah pandai cakap "ani"(aku) dan "ane"(tetek) seawal 2 bulan. Bila tiba hari aku start kerja balik...
Wawa nangis tak henti2. Asyik2 "ani...ane". Dari pagi sampai malam. Kena bagi air masak pun tak nak. Bagi susu yang dah perah awal2 letak dalam botol pun tak nak. Suap guna sudu pun tak nak. Susu formula? Tolak tepi. Bila aku dah balik, dia punya terkam dan tetek. Tetek dua-dua belah. Lepas tu tidur. Malam bangun lagi, tetek. Susu yang dah diperah tu langsung dia tak nak. Sebelum aku kerja berat Wawa waktu 2 bulan 6kg lebih. Debab sangat. Itu la rutin hari2 Wawa. Nangis sampai aku balik. Bila dah masuk 5 bulan, berat tak naik sangat. Bila dah masuk 10 bulan, Wawa dah dikategori "underweight". Dah macam2 jenis susu formula bagi, semua tak nak. Sehinggalah ada satu hari tu dia minum susu Nespray nenek dia. Dia punya teguk macam nak rak. Aku tanya dengan doktor tentang susu tu. Doktor jawap, selagi itu susu tepung boleh. Jangan la pula bagi susu Anlene Gold. Tu dah lain.
Bila adik dia (Syahmi) dah setahun, Wawa tukar selera lagi. "Nak susu macam Dedek," Alhamdulillah, start hari tu Wawa minum Dumex @ Dugro. Tapi, berat tetap maintain "underweight". Aku cari vitamin supplements untuk dia. Untuk bagi kuat makan, semua tak nak. Last2 vitamin tu adik aku yang makan. Minum air masak pun tak nak. Makan dan minum dia memang kurang,bukan tak bagi makan. Tapi, Wawa sangat pilih makan dan tak nak makan. Dia masih breastfeed sampai umur dia 4 tahun. Dia berhenti menetek pun sebab dia cakap "tetek mama dah tiada air sebab mama tak minum susu.."
Wawa jenis yang awal dalam banyak benda. Dia awal bercakap, berjalan.Umur dia setahun, semua orang impressed sebab boleh faham dia cakap. Dia tidak pelat. Gigi tumbuh masa nak masuk 6 bulan. Dia meniarap seawal 2-3 bulan, tidak merangkak tapi terus bertatih masa nak masuk 6 bulan. 6 bulan jer dia dah boleh jalan. Dia boleh baca ABC dan 123 seawal 1 tahun.
Bila orang tengok dia, banyak orang hairan. Badan kecil tapi petah. Berbual dengan dia seolah-olah berbual dengan budak sekolah.Dia 'underweight' sampai umur dia 3 tahun. 3 tahun, dia ada habit baru. Makan sepiring dengan Syahmi. Walaupun berebut makan, tapi dia berselera. Dah masuk 4 tahun, berat dia dah kembali normal sampailah hari ini. Bila dia dah 5 tahun ni, selera makan dia bertambah baik kalau buatkan dia sambal belacan tak pedas (aku jer tau macam mana nak buat sambal nampak real pedas tapi langsung2 tak pedas, hehehe). Setakat minggu lepas berat dia dah 16 kg. Berat normal bagi umur dia. Syahmi baru 4 tahun, tapi berat 18kg. Hehe.
Aku ada juga tanya dengan beberapa doktor tentang Wawa. Doktor cakap, kalau dia underweight, tapi kuat main, aktif dan jarang sakit iu petanda dia sihat. So, jangan risau kalau budak 'underweight' tapi aktif. Suatu hari nanti pasti berat dia akan kembali normal.

Wednesday, July 1, 2009

Another day...

Hari ni aku mengantuk betul...dah 2 malam tak dapat tidur dengan selesa. Malam ni nak pi review lagi. Rasa2 berat ni dah naik. Cuma kalau boleh malam nanti kena scan...nampaklah boy or girl. Dah 8 bulan sayang oi...baju baby semua kaler putih. Ada satu kaler pepel. Aku suka kaler biru...kalau lelaki senang la nak cari baju lelaki..kalau perempuan...banyak nya pilihan gaun2 yang cute2...

Wednesday, June 10, 2009

Adoi...

Sebelum ni aku tak pernah ada rasa sakit macam ni. Kali ni punya pregnancy buat aku rasa betul2 tiada tenaga, sakit satu badan. Hari tu pernah p urut badan....baru rasa ringan. Orang tua2 cakap banyak angin dalam badan. Kalau sempat, malam karang nak gi jumpa doktor jap. Nak tanya advice. Kang betul2 baby ni nak kuar...mana la tau kan...tak semestinya sama setiap pregnancy kan. Kali ni punya sakit badan sampai dah seminggu, aku diam jer. Tidur pun susah, sangat tak selesa...tak tau macam mana punya posisi baru boleh sedap tidur....
Last month, aku naik 4kg...bulan ni...tak naik berat. Doktor concern...sebab takut darah kurang. Aku pun bukannya makan ubat sangat. Asyik nak muntah jer lepas makan ubat. Cakap pasal muntah, aku asyik loya dan muntah sejak sakit2 badan ni. Err...am I okay? Takut wooo....aku tak pernah rasa macam ni. Ni baru 7 bulan, dah nak dekat2 bersalin nanti macam mana ek? Nak jalan pun tak larat. Any advice?

Thursday, May 7, 2009

I'm speechless....

err...tak tau nak kata apa.
Hari tu pergi buat antenatal kat klinik....aku terkedu nengok scale tu....
pergh....aku naik 4kg in a month!! Biar betul.....
Tiara, sure minta tolong ngan ngko lepas bersalin lepas ni....
Tu la...orang tua2 pesan...jgn cakap besar, riak, bongkak....
Kan dah kena diri sendiri...Takper....ikhlas demi keluarga kan..(pujuk hati masih ni, nasib baik tak leh exercise mcm dlm The Biggest Losers....)

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu buat mama tersayang.
Selamat Hari Ibu juga untuk diri sendiri.
Selamat Hari Ibu buat semua yang bergelar ibu.

Betapa besar pengorbanan seorang ibu tidak dapat diluahkan dengan kata-kata. Hanya apabila kita telah menjadi seorang ibu barulah kita dapat merasai apa dan mengapa sebenarnya dikatakan jasa dan pengorbanan seorang ibu terlalu besar untuk ditafsirkan.

Sayang mama selalu. Muaah...

Anak2 aku pula terlalu kecil untuk memahami apa itu "Hari Ibu"....waaa....sendiri ucap untuk diri sendiri la....nak harapkan Hubby? errrr???? Dia tau ker bila Hari Ibu? wakakakaka

Tuesday, April 28, 2009

Thalasaemia

Korang tau tak apa itu Thalassaemia? Thalassaemia ialah salah satu penyakit berkaitan dengan darah. Korang search jer kat Google....Talasemia (BM). Banyak info dalam tu. Sebenarnya, aku interested pasal penyakit ni sebab aku baru tau aku salah seorang pembawa penyakit ni. Alhamdulillah, aku hanya pembawa dan aku amat bersyukur suami bukan pembawa penyakit ini. Aku disahkan sebagai 'Beta-Thalassaemia Trait' pada 04 Feb 2009. Sebagai pembawa, penyakit ini akan bertambah kritikal apabila mengandung sebab kandungan Hb akan tetap berkurangan walaupun makan ubat tambah darah. Disebabkan itu juga, aku tak boleh lupa untuk makan ubat tambah darah. Sebelum ini, aku tak pernah ambil tahu tentang penyakit ini. Pengalaman mengandung yang lepas, aku jadi pengunjung setia di Klinik Desa di kampung. Yelah, diorang akan check darah setiap 2 minggu...kadang2 setiap minggu. Selepas aku tahu aku akan menghadapi masalah darah untuk kandungan sekarang, aku mengambil keputusan untuk menggunakan kemudahan klinik swasta yang disediakan oleh majikan. Selepas doktor tersebut memeriksa kandungan dan darah seperti biasa, beliau mencadangkan agar aku membuat ujian Thalassaemia. Seminggu kemudian, aku disahkan pembawa penyakit ini. Barulah aku sedar selama ini aku menghidap penyakit yang boleh dikategorikan bahaya sekiranya aku penghidap Thalassaemia Major.

Aku bersyukur sangat anak2 aku tidak menghidap Thalassaemia Major sebab suami tidak mempunyai masalah kurang darah. Yelah, dia tu penderma darah yang setia. Cuma aku khuatir apabila menapous nanti, aku akan mengalami pendarahan yang banyak seperti teman sekerja aku ini. Dia telah pun membuat pembedahan membuang rahim supaya dia tidak mengalami pendarahan yang banyak setiap kali 'period'. Dia pun pembawa Thalassaemia.

Korang dah buat ujian Thalassaemia? Pergi jer mana2 Pathlab ker...klinik2 yang korang biasa. Bagitau jer nak buat ujian tu. Tak sakit pun..tapi, kalau dah memang penakut macam aku ni...sakit sikit la...

Friday, April 24, 2009

Pergh...Lamanya tak hapdet....

hehehe...bukan majuk la Tiara...

Slow banget la kalau update kat ofis...nak beli berukband...tapi, tak reti pilih....Ada suggestion?

Sekarang ni aku tengah kumpul material balik....kalau artis, kumpul material buat album baru...aku kumpul material untuk baby terbaru...

Wawa nak baby boy, Syahmi nak baby girl....pelik2...Aku ngan hubby tak kisah...asalkan cukup sifat dan sihat. Setakat ni aku tersangat la bz nak clearkan meja aku sebelum cuti panjang nanti. Yelah, aku punya file dah nak 3 bulan tak update. Malas...asyik main game ja.

Nanti aku tempek gambar plak....