Wednesday, July 15, 2009

Kenali Wawa

Sepanjang mengandungkan Wawa, aku rasa aku sihat. Loya,muntah semua tu sekejap2 jer. Selera makan macam biasa. Cuma pada awal kehamilan aku suka sangat makan pisang emas. Almaklumlah, bunting pelamin. Baru masuk 3 bulan, aku kena suruh buat scanning sebab baby terlalu besar..sebesar baby 4 bulan lebih, jururawat desa tu khuatir kalau2 dapat kembar. Bila scan memang baby tu satu jer, cuma saiz dia besar. Dah masuk 5 bulan, doktor advice to stop makan pisang sebab takut nanti baby terlalu besar. Ye lah, waktu 2-3 bulan tak dapat la suruh stop makan, dah yang tu jer nak makan. Kalau tak makan pisang, nasi pun tak nak jamah. Lepas makan pisang, selera tu baik jer. Lepas tu baru kontrol makan. Nasib baik berat lahir cuma 3.32kg.
Bila dah lahir, aku seperti ibu2 yang lain. Bagi breastfeed. Masa dalam pantang, Wawa sangat kuat nangis. Dia cuma nak mama dia ni kat sebelah, asyik nak menetek jer. Almaklumlah, anak pertama. Banyak benda yang tak tau. Ada satu hari tu, aku demam secara mengejut. Tak tau la orang semenanjung cakap apa, orang Brunei Papar cakap "Bigat". Rupa-rupanya sebab tetek terlalu penuh, Wawa plak dah tidur sebab dah kenyang sangat. Wawa tak pernah minum susu formula semasa aku dalam pantang. Lupa lak nak bagitau, Wawa dah pandai cakap "ani"(aku) dan "ane"(tetek) seawal 2 bulan. Bila tiba hari aku start kerja balik...
Wawa nangis tak henti2. Asyik2 "ani...ane". Dari pagi sampai malam. Kena bagi air masak pun tak nak. Bagi susu yang dah perah awal2 letak dalam botol pun tak nak. Suap guna sudu pun tak nak. Susu formula? Tolak tepi. Bila aku dah balik, dia punya terkam dan tetek. Tetek dua-dua belah. Lepas tu tidur. Malam bangun lagi, tetek. Susu yang dah diperah tu langsung dia tak nak. Sebelum aku kerja berat Wawa waktu 2 bulan 6kg lebih. Debab sangat. Itu la rutin hari2 Wawa. Nangis sampai aku balik. Bila dah masuk 5 bulan, berat tak naik sangat. Bila dah masuk 10 bulan, Wawa dah dikategori "underweight". Dah macam2 jenis susu formula bagi, semua tak nak. Sehinggalah ada satu hari tu dia minum susu Nespray nenek dia. Dia punya teguk macam nak rak. Aku tanya dengan doktor tentang susu tu. Doktor jawap, selagi itu susu tepung boleh. Jangan la pula bagi susu Anlene Gold. Tu dah lain.
Bila adik dia (Syahmi) dah setahun, Wawa tukar selera lagi. "Nak susu macam Dedek," Alhamdulillah, start hari tu Wawa minum Dumex @ Dugro. Tapi, berat tetap maintain "underweight". Aku cari vitamin supplements untuk dia. Untuk bagi kuat makan, semua tak nak. Last2 vitamin tu adik aku yang makan. Minum air masak pun tak nak. Makan dan minum dia memang kurang,bukan tak bagi makan. Tapi, Wawa sangat pilih makan dan tak nak makan. Dia masih breastfeed sampai umur dia 4 tahun. Dia berhenti menetek pun sebab dia cakap "tetek mama dah tiada air sebab mama tak minum susu.."
Wawa jenis yang awal dalam banyak benda. Dia awal bercakap, berjalan.Umur dia setahun, semua orang impressed sebab boleh faham dia cakap. Dia tidak pelat. Gigi tumbuh masa nak masuk 6 bulan. Dia meniarap seawal 2-3 bulan, tidak merangkak tapi terus bertatih masa nak masuk 6 bulan. 6 bulan jer dia dah boleh jalan. Dia boleh baca ABC dan 123 seawal 1 tahun.
Bila orang tengok dia, banyak orang hairan. Badan kecil tapi petah. Berbual dengan dia seolah-olah berbual dengan budak sekolah.Dia 'underweight' sampai umur dia 3 tahun. 3 tahun, dia ada habit baru. Makan sepiring dengan Syahmi. Walaupun berebut makan, tapi dia berselera. Dah masuk 4 tahun, berat dia dah kembali normal sampailah hari ini. Bila dia dah 5 tahun ni, selera makan dia bertambah baik kalau buatkan dia sambal belacan tak pedas (aku jer tau macam mana nak buat sambal nampak real pedas tapi langsung2 tak pedas, hehehe). Setakat minggu lepas berat dia dah 16 kg. Berat normal bagi umur dia. Syahmi baru 4 tahun, tapi berat 18kg. Hehe.
Aku ada juga tanya dengan beberapa doktor tentang Wawa. Doktor cakap, kalau dia underweight, tapi kuat main, aktif dan jarang sakit iu petanda dia sihat. So, jangan risau kalau budak 'underweight' tapi aktif. Suatu hari nanti pasti berat dia akan kembali normal.

Wednesday, July 1, 2009

Another day...

Hari ni aku mengantuk betul...dah 2 malam tak dapat tidur dengan selesa. Malam ni nak pi review lagi. Rasa2 berat ni dah naik. Cuma kalau boleh malam nanti kena scan...nampaklah boy or girl. Dah 8 bulan sayang oi...baju baby semua kaler putih. Ada satu kaler pepel. Aku suka kaler biru...kalau lelaki senang la nak cari baju lelaki..kalau perempuan...banyak nya pilihan gaun2 yang cute2...