Tuesday, April 28, 2009

Thalasaemia

Korang tau tak apa itu Thalassaemia? Thalassaemia ialah salah satu penyakit berkaitan dengan darah. Korang search jer kat Google....Talasemia (BM). Banyak info dalam tu. Sebenarnya, aku interested pasal penyakit ni sebab aku baru tau aku salah seorang pembawa penyakit ni. Alhamdulillah, aku hanya pembawa dan aku amat bersyukur suami bukan pembawa penyakit ini. Aku disahkan sebagai 'Beta-Thalassaemia Trait' pada 04 Feb 2009. Sebagai pembawa, penyakit ini akan bertambah kritikal apabila mengandung sebab kandungan Hb akan tetap berkurangan walaupun makan ubat tambah darah. Disebabkan itu juga, aku tak boleh lupa untuk makan ubat tambah darah. Sebelum ini, aku tak pernah ambil tahu tentang penyakit ini. Pengalaman mengandung yang lepas, aku jadi pengunjung setia di Klinik Desa di kampung. Yelah, diorang akan check darah setiap 2 minggu...kadang2 setiap minggu. Selepas aku tahu aku akan menghadapi masalah darah untuk kandungan sekarang, aku mengambil keputusan untuk menggunakan kemudahan klinik swasta yang disediakan oleh majikan. Selepas doktor tersebut memeriksa kandungan dan darah seperti biasa, beliau mencadangkan agar aku membuat ujian Thalassaemia. Seminggu kemudian, aku disahkan pembawa penyakit ini. Barulah aku sedar selama ini aku menghidap penyakit yang boleh dikategorikan bahaya sekiranya aku penghidap Thalassaemia Major.

Aku bersyukur sangat anak2 aku tidak menghidap Thalassaemia Major sebab suami tidak mempunyai masalah kurang darah. Yelah, dia tu penderma darah yang setia. Cuma aku khuatir apabila menapous nanti, aku akan mengalami pendarahan yang banyak seperti teman sekerja aku ini. Dia telah pun membuat pembedahan membuang rahim supaya dia tidak mengalami pendarahan yang banyak setiap kali 'period'. Dia pun pembawa Thalassaemia.

Korang dah buat ujian Thalassaemia? Pergi jer mana2 Pathlab ker...klinik2 yang korang biasa. Bagitau jer nak buat ujian tu. Tak sakit pun..tapi, kalau dah memang penakut macam aku ni...sakit sikit la...

Friday, April 24, 2009

Pergh...Lamanya tak hapdet....

hehehe...bukan majuk la Tiara...

Slow banget la kalau update kat ofis...nak beli berukband...tapi, tak reti pilih....Ada suggestion?

Sekarang ni aku tengah kumpul material balik....kalau artis, kumpul material buat album baru...aku kumpul material untuk baby terbaru...

Wawa nak baby boy, Syahmi nak baby girl....pelik2...Aku ngan hubby tak kisah...asalkan cukup sifat dan sihat. Setakat ni aku tersangat la bz nak clearkan meja aku sebelum cuti panjang nanti. Yelah, aku punya file dah nak 3 bulan tak update. Malas...asyik main game ja.

Nanti aku tempek gambar plak....